Selamat Datang ke Blog TABIKA PERPADUAN Kg.Paya

Wednesday, May 4, 2011

Mari Lihat "Kata Hikmah"






-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"The function of education is to teach one to think intensively and to think critically intelligences
Plus character - that is the goal of true education"

Sumber : Martin Luther King JR (The famous Human rights Leader In America)





----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan di kasihi oleh mereka yang tinggal di langit"

Maksudnya :

Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah :

i - Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
ii- Melalui sentuhan yang lemah lembut.
iii- Melalui pujukan,pujian,penghargaan dan senyuman.

Apabila di tinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka.Akibatnya mudahlah musuh islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.

Sumber : Majalah Dara Disember 2010

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Sentuhan seorang yang berilmu tentulah tidak sama dengan sentuhan seorang yang tidak cukup ilmu apabila menguruskan suatu pekerjaan"

Maksudnya : Bahawa kita tidak akan berhasil menguruskan pekerjaan kita dengan berkesan jikalau kita masih gagal menguruskan hati kita sendiri.

Dari Buku : Biar Kecil Asalkan Berhasil
Penulis : Dr.Rusly Abdullah PHD
Penerbit : Ameen Di terbitkan tahun 2005 bulan Jun

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kewajipan seorang muslim ke atas muslim yang lain iaitu lima perkara ;

1 - Menjawab salam
2 - Melawat orang sakit
3 - Mengiringi jenazah
4 - Menerima undangan
5 - Mendoakan orang yang bersin "

Sumber : Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"(Meninggalkan rasa dengki ) merupakan sunnahku,barang siapa yang menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya ia mencintaiku dan barang siapa yang mencintaiku,maka ia bersamaku di dalam syurga "

Sumber : Riwayat Tarmizi

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sabda Rasulullah S.A.W ,

"Jikalau seseorang kamu sedang makan maka janganlah kamu tergesa-gesa sehingga selesai hajatku iaitu dia berasa cukup makannya,sekalipun iqamahnya telah di bacakan untuk solat"

Sumber : Riwayat al-Bukhari

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Hanya dengan penderitaan hiduplah yang mengajar manusia menghargai kebaikan dan keindahan hidup "

Sumber : dari Buku Mutiara kata di cipta oleh Geothe

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Akal + Jasad + Rohani = Kejayaan.Untuk berjaya kita perlu getaran jiwa yang sepadu "

Maksudnya : Hidup ini terlalu indah,usah di biarkan ia berlalu begitu sahaja ransanglah minda anda agar ianya lebih peka untuk kehidupan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menepati masa yang berharga"

Maksudnya : Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit.

Sumber: www.usim.edu.my/qusim/index.php?option:com

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Jika anda hanya memandang pada peluang yang melintas di depan anda,ia pasti akan meninggalkan anda"

Maksudnya : Peluang tidak selalu datang dalam hidup anda.Lebih buruk lagi jika anda melepaskan peluang yang anda ada.Selalunya anda akan kesal kerana melepaskan sesuatu peluang selepas ia telah berlalu.

Sumber : http://www.motivasibelajar.com/category/mutiara-kata

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Hidup memerlukan pengorbanan,pengorbanan memerlukan perjuangan,perjuangan memerlukan ketabahan,ketabahan memerlukan keyakinan,keyakinan pula memerlukan kejayaan,kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan"

Maksud : Kita sebagai seorang manusia sentiasa menghadapi ujian dan dugaan daripada ALLAH S.W.T,Oleh itu manusia yang inginkan kebahagiaan dan kejayaan haruslah melalui segala kesulitan serta kepayahan dalam hidup.

Sumber : http://blog.mixterr.com/koleksi-mutiara kata/

No comments:

Post a Comment