Bengkel Pentaksiran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2011. | ||
Tarikh | : | 9 April 2011 |
Masa | : | 8.00pagi – 5.00petang |
Tempat | : | Dewan Seminar,RestoranRiaSeaview, Kemayan Square Off,Seremban |
: | Bengkel Pentaksiran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Peringkat Negeri Sembilan Darul KhususTahun 2011 ini diadakan bertujuan untuk member pendedahan dan meningkatkan pemahaman mengenai Pentaksiran kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK). Bengkel Pentaksiran ini juga dibuat adalah susulan daripada Taklimat Pentaksiran pada 4 April 2011 Peringkat Negeri Sembilan dan Negeri Melaka yang telah dilaksanakan di Hotel Putra AllsonNilai. Bengkel Pentaksiran KSPK ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia Sektor Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. iaitu, En.Tajul Effandy Bin Hj.Hassan dan En.Samsudin Bin Hj.Jamil yang merupakan Penolong Pengarah Sektor Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 109 Orang Guru Tabika Perpaduan JPNIN Negeri Sembilan dan telah dirasmikan oleh En. Abd. Halim Bin Hassan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan Darul Khusus. | |
Saturday, May 21, 2011
BERITA/AKTIVITI PERPADUAN NEGERI SEMBILAN..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment