Wednesday, April 27, 2011
Menuju generasi tanpa merokok
Merokok merupakan satu kepuasan,merokok juga boleh menghilangkan kebosanan.Itulah kata-kata yang sering di berikan oleh kaki rokok.Justeru itu tidak hairanlah kaki rokok ini akan merokok di mana sahaja tanpa menghiraukan sama ada kawasan itu zon larangan merokok atau tidak.
Kerana itulah lebih 6,000 orang perokok telah di denda kerana merokok di zon larangan merokok.Oleh itu undang-undang yang lebih ketat perlu dilakukan ke atas mereka yang merokok di zon larangan merokok dan pihak penguatkuasaan perlu mengambil tindakan yang berkesan supaya perokok mematuhi undang-undang yang telah di kuatkuasakan terutama di tempat-tempat awam.
Buat sahaja undang-undang tanpa adanya tindakan daripada penguatkuasaan kepada mereka yang melakukan kesalahan,pasti undang-undang tersebut tidak akan menjadi kenyataan.
Kajian telah menunjukkan bahawa tiada paras yang selamat untuk perokok tegar.Larangan di tempat kerja,pengangkutan awam dan sebagainya masih belum mencukupi bagi memastikan perokok mematuhinya.Namun masih ramai perokok yang merokok di tempat awam tanpa memperdulikan kesan yang perlu di hadapi oleh orang ramai.
Perokok masih tidak menghiraukan papan tanda yang menunjukkan tentang larangan merokok dan masih ramai pekedai-pekedai yang membenarkan pelanggannya merokok.
Kerajaan telah mengambil inisiatif dengan mematuhi keperluan di dalam perjanjian global.
Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) dengan mengambil beberapa langkah untuk mencegah tabiat merokok.Antara langkah yang di ambil ialahmewujudkan label amaran bergambar di kotak-kotak rokok yang menunjukkan kesan-kesan merokok akibat tabiat merokok.
Langkah itu tidak mencukupi jika tiada penguatkuasaan yang ketat dilakukan.Hukuman yang berat harus di kenakan terhadap mereka yang melanggar peraturan menjual rokok kepada remaja di bawajh umur 18 tahun.Golongan ini perlu di lindungi dari daripada pengaruh rokok.
Walaupun menjual rokok secara paket terbuka di larang tetapi masih banyak pekedai yang melanggar peraturan terutama di kawasan luar bandar.Sepatutnya pekedai perlu di didik bahawa menjual rokok secara paket itu merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang yang telah sedia ada.
Begitu juga dengan penyeludupan rokok haram perlu di banteras,pegawai kastam hendaklah bekerjasama dengan pihak penguatkuasaan negara jiran atau sempadan bagi mengawal aktiviti penyeludupan rokok haram tersebut.
Klinik kesihatan juga perlu memaikan peranan supaya menyediakan perkhidmatan untuk berhenti merokok.Ini dapat di lakukan dengan menubuhkan klinik berhenti merokok di semua hospital,klinik kerajaan ataupun klinik swasta.Klinik ini akan memberi bantuan dan cara-cara bagaimana untuk berhenti merokok.
Selain itu juga,kegiatan pemasaran syarikat rokok juga perlu di kawal.Semua jenis iklan,promosi dan tajaan syarikat rokok hendaklah di larang.Kegiatan pemasaran rokok yang tidak beretika perlu di kawal.Ini keran teknik pemasaran ini mempunyai pengaruh yang ketara terhadap orang ramai terutama golongan muda sehingga mengakibatkan tabiat ketagih di kalangan mereka.
Di samping itu,kandungan dalam produk tembakau juga perlu di kawal untuk mengurangkan kesan buruk kepada perokok.
Pendidikan merupakan jawapan kepada perokok untuk berhenti merokok.Golongan remaja adalah sasaran yang perlu diberi tumpuan untuk menjauhkan mereka daripada rokok.Kempen 'Tak Nak' yang di jalankan oleh kerajaan perlu memberi kesedaran kepada orang ramai akibat buruk merokok.
Sepatutunya kempen ini hendaklah di perluaskan supaya orang ramai tahu kesan akibat merokok.
Selain itu satu program yang berterusan patut di wujudkan dalam usaha untuk mengurakan bilangan perokok di negara ini.Aktiviti yang lebih sihat seperti karnival sukan patut di jalankan di bawah program ini untuk gaya hidup sihat terutama di kalangan remaja dan menjauhi diri mereka daripada rokok.Kesan-kesan buruk dan bahaya merokok perlu di tanamkan dalam minda mereka supaya mereka takut untuk merokok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment