Dalam islam ,anak-anak ialah anugerah daripada ALLAH S.W.T.Semua kanak-kanak yang dilahirkan tidak bersalah dan sama taraf.Tugas ibubapa adalah mengekalkan kualiti yang diwarisi ini dalam diri anak-anak.ALLAH S.W.T telah menjadikan manusia berdasarkan fitrah,iaitu setiap jiwa manusia mempunyai sifat-sifat tidak bersalah,kesucian,kebenaran dan kebebasan.Setiap jiwa manusia secara semula jadinya cenderung pada keadilan dan kebaikan,dan mempunyai pengetahuan dan pemahaman berkenaan kedudukannya di alam dan juga pada kebijaksanaan,kabaikan dan kekuasaan ALLAH S.W.T.Dalam al-Quran ALLAH S.W.T
Pelajaran Satu
Kebijaksanaan manusia yang sebenar adalah juga kebijaksaan Tuhan(true human wisdom is also divene wisdom),kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.Permulaan bagi semua kebijaksanaan adalah keakuran dengan kekuasaan ALLAH S.W.T.Anak-anak yang baru dilahirkan diazakan pada telinganya kanan bagi bayi lelaki dan diqamatkan pada telingi kiri bagi bayi perempuan bagi pengenalan pada Pencipta yang sebenar.
Pelajaran Dua
Tunjukkan kebaikan dan baik hati kepada kedua-dua ibu bapa.Bersyukur kepada ALLAH S.W.T iaitu Pencipta yang tertinggi dan kemudian kapada ibu bapa terutamanya kepada ibu yang telah mengandung sembilan bulan,mengalami kesakitan melahirkan dan menyusukan anak selama dua tahun.Bersyukur kepada ibu bapa juga perlu sama ada mereka Islam atau bukan Islam.Anak-anak hanya dibolehkan tidak taat kepada ibu bapa apabila mereka dipaksa melakukan sesuatu perkata di luar perintah ALLAH S.W.T.
Pelajaran Tiga
ALLAH S.W.T maha mengetahui tentang semua perkara di alam ini.Dengan itu,apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh manusia.samada secara umum atau peribadi sememangnya diketahui oleh ALLAH S.W.T.Pada Hari Pengadilan,semua perbuatan akan di bawa ke muka pengadilan.Destinasi terakhit manusia di tentukan oleh tingkah laku,tidakan dan perbuatan sendiri.
Pelajaran Empat
Wajib mengamalkan sembahyang sebanyak lima kali sehari.Hal ini memerlukan manusia mempelajari dan menghafal al-Quran.Dengan itu,tanggungjawab ibu bapa adalah mengajar anak-anak membaca al-Quran dan berusaha menghabiskan mambaca seluruh al-Quran tersebut antara berumur 8 hingga 10 tahun,iaitu sebelum kanak-kanak menghadapi beban kerja sekolah.
Pelajaran Lima
Suruh apa yang baik dan larang apa yang salah.Sebagai peraturan.semua ahli dalam keluarga sama ada muda ataupun tua mempunyai hak menyuruh pada kebaikan dan melarang pada kesalahan
Pelajaran Enam
Kesabaran dan ketetapana.Dalam kehidupan di dunia,sloga yang popular digunakan adalah "jaga tepi kain sendiri" dan "apa yang saya mahu" dan "cara yang saya mahu dalam kehidupan" yang mementingkan indivisualism.Dalam hal ini,"suruh apa yang baik dan larang apa yang salah" dan "menyesuaikan kehendak kita dengan kehendak ALLAH S.W.T" menjadi tugas yang sukar dilaksanakan.Dengan itu kesabaran dan ketetapan sangat-sangat di perlukan
Pelajaran Tujuh
Kehebatan bukan bermaksud menunjukkan kebiadapan kamu kepada manusia.Kebiadapan bermaksud keangkuhan dan peghinaan.Tigkah laku sedemikian menunjukkan ketakburan dan tinggi diri seseorang dan merendahkan orang lain.
Pelajran Lapan
Begitu jug aberjalan dengan biadap di atas dunia di tegah kerana ALLAH S.W.T membenci orang yang akuh.Berjalan dengan biadap merupakan tindakan yang angkuh dan tinggi diri.
Pelajaran Sembilan
Kesederhanaan dengan kadar.Tindakan ini dihormati kerana apabila seseorang inidividu itu berjalan meninggi diri,dia tidak di bernarkan masuk syurga.Manusia tidak pula boleh menganggap dirinya lemah dan hanya suka menurut kerana manusia adalah ciptaan ALLAH S.W.T,dilahirkan tidak bersalah dan sama rata.Manusia hanya berbeza daripada segi tingkah laku dan perbuatan atau tindakan.
Pelajaran Sepuluh
Rendahkan suara kamu.Lakukan semua perkara dalam kesederhanaan.Jangan lakukan banyak bercakap dan jangan pula terlalu senyap.Jangan terlalu kuat dan jangan pula terlalu penakut atau tidak semangat.Jangan terlalu yakin dan jangan terlalu takut.Jika manusia mempunyai kesabaran,maka ia perlu tetap pada pendirian dan berazam menjalankan segala cabaran hidup dengan berani.
Sepuluh peringkat mendidik anak-anak yang dicadangkan oleh Lukman Hakim ini perlu dijadikan panduan oleh ibubapa dan pendidik kanak-kanak supaya dapat mendidik mereka mengikut kehendak islam.
perkongsian yang menarik..ibu bapa dan pendidik perlu mendidik mengikut kehendak islam agar mendapat keredhaan di dunia dan akhirat
ReplyDeleteterima kasih nik kerana sudi melawat kami..
ReplyDelete