Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang (Department of Education and Science, 1990).
Sunday, March 6, 2011
Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif
Labels:
Fakta
Wednesday, March 2, 2011
Pengaruh Islam dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
Dalam islam ,anak-anak ialah anugerah daripada ALLAH S.W.T.Semua kanak-kanak yang dilahirkan tidak bersalah dan sama taraf.Tugas ibubapa adalah mengekalkan kualiti yang diwarisi ini dalam diri anak-anak.ALLAH S.W.T telah menjadikan manusia berdasarkan fitrah,iaitu setiap jiwa manusia mempunyai sifat-sifat tidak bersalah,kesucian,kebenaran dan kebebasan.Setiap jiwa manusia secara semula jadinya cenderung pada keadilan dan kebaikan,dan mempunyai pengetahuan dan pemahaman berkenaan kedudukannya di alam dan juga pada kebijaksanaan,kabaikan dan kekuasaan ALLAH S.W.T.Dalam al-Quran ALLAH S.W.T
Pelajaran Satu
Kebijaksanaan manusia yang sebenar adalah juga kebijaksaan Tuhan(true human wisdom is also divene wisdom),kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.Permulaan bagi semua kebijaksanaan adalah keakuran dengan kekuasaan ALLAH S.W.T.Anak-anak yang baru dilahirkan diazakan pada telinganya kanan bagi bayi lelaki dan diqamatkan pada telingi kiri bagi bayi perempuan bagi pengenalan pada Pencipta yang sebenar.
Pelajaran Dua
Tunjukkan kebaikan dan baik hati kepada kedua-dua ibu bapa.Bersyukur kepada ALLAH S.W.T iaitu Pencipta yang tertinggi dan kemudian kapada ibu bapa terutamanya kepada ibu yang telah mengandung sembilan bulan,mengalami kesakitan melahirkan dan menyusukan anak selama dua tahun.Bersyukur kepada ibu bapa juga perlu sama ada mereka Islam atau bukan Islam.Anak-anak hanya dibolehkan tidak taat kepada ibu bapa apabila mereka dipaksa melakukan sesuatu perkata di luar perintah ALLAH S.W.T.
Pelajaran Tiga
ALLAH S.W.T maha mengetahui tentang semua perkara di alam ini.Dengan itu,apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh manusia.samada secara umum atau peribadi sememangnya diketahui oleh ALLAH S.W.T.Pada Hari Pengadilan,semua perbuatan akan di bawa ke muka pengadilan.Destinasi terakhit manusia di tentukan oleh tingkah laku,tidakan dan perbuatan sendiri.
Pelajaran Empat
Wajib mengamalkan sembahyang sebanyak lima kali sehari.Hal ini memerlukan manusia mempelajari dan menghafal al-Quran.Dengan itu,tanggungjawab ibu bapa adalah mengajar anak-anak membaca al-Quran dan berusaha menghabiskan mambaca seluruh al-Quran tersebut antara berumur 8 hingga 10 tahun,iaitu sebelum kanak-kanak menghadapi beban kerja sekolah.
Pelajaran Lima
Suruh apa yang baik dan larang apa yang salah.Sebagai peraturan.semua ahli dalam keluarga sama ada muda ataupun tua mempunyai hak menyuruh pada kebaikan dan melarang pada kesalahan
Pelajaran Enam
Kesabaran dan ketetapana.Dalam kehidupan di dunia,sloga yang popular digunakan adalah "jaga tepi kain sendiri" dan "apa yang saya mahu" dan "cara yang saya mahu dalam kehidupan" yang mementingkan indivisualism.Dalam hal ini,"suruh apa yang baik dan larang apa yang salah" dan "menyesuaikan kehendak kita dengan kehendak ALLAH S.W.T" menjadi tugas yang sukar dilaksanakan.Dengan itu kesabaran dan ketetapan sangat-sangat di perlukan
Pelajaran Tujuh
Kehebatan bukan bermaksud menunjukkan kebiadapan kamu kepada manusia.Kebiadapan bermaksud keangkuhan dan peghinaan.Tigkah laku sedemikian menunjukkan ketakburan dan tinggi diri seseorang dan merendahkan orang lain.
Pelajran Lapan
Begitu jug aberjalan dengan biadap di atas dunia di tegah kerana ALLAH S.W.T membenci orang yang akuh.Berjalan dengan biadap merupakan tindakan yang angkuh dan tinggi diri.
Pelajaran Sembilan
Kesederhanaan dengan kadar.Tindakan ini dihormati kerana apabila seseorang inidividu itu berjalan meninggi diri,dia tidak di bernarkan masuk syurga.Manusia tidak pula boleh menganggap dirinya lemah dan hanya suka menurut kerana manusia adalah ciptaan ALLAH S.W.T,dilahirkan tidak bersalah dan sama rata.Manusia hanya berbeza daripada segi tingkah laku dan perbuatan atau tindakan.
Pelajaran Sepuluh
Rendahkan suara kamu.Lakukan semua perkara dalam kesederhanaan.Jangan lakukan banyak bercakap dan jangan pula terlalu senyap.Jangan terlalu kuat dan jangan pula terlalu penakut atau tidak semangat.Jangan terlalu yakin dan jangan terlalu takut.Jika manusia mempunyai kesabaran,maka ia perlu tetap pada pendirian dan berazam menjalankan segala cabaran hidup dengan berani.
Sepuluh peringkat mendidik anak-anak yang dicadangkan oleh Lukman Hakim ini perlu dijadikan panduan oleh ibubapa dan pendidik kanak-kanak supaya dapat mendidik mereka mengikut kehendak islam.

Pencapaian Kejayaan Tabika sepanjang 2010
Johan Pertandingan Inovatif Peringkat Negeri Sembilan
FAKTA MENARIK
- Merupakan salah satu alat bantuan mengajar hasil ciptaan Puan Maimon Binti Koming yang mencipta sebuah lori mainan 100% dari barangan kitar semula.
- Ini merupakan alat bantuan mengajar bagi mata pelaran Matematik,Bahasa Melayu dan English.
- Mendapat Johan peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di dewan Muzium dan Budaya Negeri Sembilan berjaya membawa pulan wang tunai RM1000 beserta trofi dan sijil.
Johan Pertandingan Bola Jaring Peringkat Port Dickson
- FAKTA MENARIK
- Merupakan Johon dalam pertandingan ini yang di wakili oleh pada guru dan staf
- Diadakan di Padang awam Port Dickson bersempena hari sukan Tabika Perpaduan Peringkat Negeri Sembilan
- Berjaya membawa trofi dan sijil
Labels:
Pencapaian
Tuesday, March 1, 2011
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-kanak Dan Aplikasinya dalam Pengajaran-Pembelajaran (Idea dan Teori Ahli Falsafah)
Al-Ghazali (1058 - 1111)
Nama : Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali.
Tarikh Lahir : 450H/1058M
Tempat Lahir : Ghazelan(sebuah kota kecil terletak di Thus"wilayah Khurasan",Iran
Pengajar : i- Imam al-Haramyn
ii- Abu al-Ma'ali al-Juwaini
Pengalaman bekerja : i - Pernah menjadi guru di Universiti Nidzamiyah di Baghdad
ii - Ahli Falsafah Islam yang terkenal
iii - Telah menghasilkan hampir seratus buah buku
iv - Menghasilkan buku terkenal "Ihya' Ulumuddin"
Al-Ghazali menekankan pendidikan peringkat awal kanak-kanak.Beliau pernah berkata bahawa ibubapa harus memerhatikan pendidikan anak-anak sejak mmula pertumbuhannya.Mereka tidak harus mengupah orang lain untuk mengasuh atau menyusukan anak,kecuali seorang perempuan yang solehah,baik urusan agamanya,dan memakan hanya yang halal sahaja.
Al-Ghazali banyak menekankan adab makan.Di antaranya ialah:
- Jangan mengambil makanan,melainkan dengan tangan kanan sahaja.
- Membaca Bismillah apabila mayuap makanan.
- Mengambil makanan yang ada di hadapannya sahaja.
- Jangan tergesa-gesa mengambil makanan sebelum orang lain mengambilnya.
- Jangan meliarkan pendangan kepada makanan,ataupun meneliti muka orang yang sedang makan.
- Mengunyah makanan baik-baik sebelum di telan
- Hangan terlalu cepat menyuap makanan.
- Jangan sampai mengotorkan tangan dan pakaian dengan makanan itu
- Membiasakan makan roti tanpa lauk-pauk pada sesetengah waktu,supaya seleranya tidak memandang wajib adanya lauk-pauk dalam makanan
Nasihat-nasihat Al-Ghazali yang lain adalah seperti berikut :
- Penuhkan masa lapang kanak-kanak
- Didik mereka dengan cara-cara beribadat yang perlu,iaitu ibadat khas dan ibadat am seperti solat 5waktu
- Terangkan kepada merek pengetahuan agama secara amalan bukan teori sahaja.
- Terangkan kepada kanak-kanak tentang keburukan mencuri dan melarang mereka makan makanan yang haram.
- Kanak-kanak hendaklah diajar merendahkan diri.
- Jangan ajar kanak-kanak berbohong
- Kanak-kanak hendaklah diajar supaya bersikap sederhana dalam perlakuan
- Kanak-kanak hendaklah dinasihatkan supaya menjauhi kawan-kawan yang jahat
- Jangan biasakan kanak-kanak bersenang lenang
- Ajar kanak-kanak bersikap memberi bukan mengambil.Memberi adalah sifat mulia,sebaliknya sifat menerima sesuatu dari orang lain adalah tercela,terhina dan rendah darjatnya.
- Hendaklah bertegas dengan mereka.
Daripada pandangan-pandangan al-Ghazali diatas dapat disimpulkan bahawa pendekatannya lebih kepada unsur-unsur pendidikan kerohanian dan moral.Walaubagaimanapun beliau tetap menekankan unsur perkembangan jasmani iaitu menyarankan supaya kanak-kanak digalakkan bermain.
sumber : Pendidikan Awal Kanak-kanak TEORI DAN AMALI,Azizaj Lebai Nordin
Labels:
Fakta
Subscribe to:
Posts (Atom)