Selamat Datang ke Blog TABIKA PERPADUAN Kg.Paya

Tuesday, February 1, 2011

SEJARAH TABIKA PERPADUAN KG PAYA

Tabika Perpaduan Kg Paya telah dibuka pada tahun 1993 dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan penduduk setempat. Penubuhan ini juga dibantu oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Paya. Sejak penubuhan sehingga sekarang tabika ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Bermula 1993 sehingga kini keseimbangan jumlah kanak-kanak yang mendaftar dan belajar di tabika ini amat memberansangkan.Ini kerana kedudukan tabika yang amat strategik iaitu 3 km dari bandar Port Dickson.

Terletak dalam KRT Kg Paya, oleh itu keutamaan akan diberi kepada kanak-kanak dalam kawasan Kg Paya yang terdiri dari berbilang kaum.

Sejak ditubuhkan kelas tabika ini sentiasa dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada kanak-kanak yang belajar di kelas tabika ini seperti yang boleh dilihat pada hari ini.


No comments:

Post a Comment